Friday, February 3, 2017

KELAYAKAN PINJAMAN DENGAN LPPSA 2017

Ini adalah kelayakan baru pinjaman untuk Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) bagi Tahun 2017 
  
                               
NO GAJI POKOK + ELAUN TETAP KELAYAKAN MAKSIMUM
1   6,000.00 KEATAS 750,000-00
2 6,000-00 720,000-00
3 5,700-00 680,000-00
4 5,500-00 650,000-00
5 5,000-00 600,000-00
6 4,700-00 560,000-00
7 4,500-00 540,000-00
8 4,300-00 510,000-00
9 4,000-00 470,000-00
10 3,800-00 450,000-00
11 3,500-00 420,000-00
12 2,900-00 340,000-00
13 2,300-00 270,000-00
14 SEHINGGA 1,700-00 200,000-00





Walaupun kelayakan pinjaman anda tinggi, komitmen anda akan diambilkira kerana baki GAJI anda perlu ada sekurang-kurangnya 60% setelah ditolak komitmen anda.








Monday, June 13, 2016

PELEPASAN GADAIAN

Kepada kakitangan Kerajaan  yang telah menjelaskan hutang perumahan mereka selepas daripada tarikh 1/1/2016 prosedur bagi Pelepasan Gadaian mengalami sedikit perubahan.
Kalau pada tahun sebelumnya Pelepasan boleh dilakukan dengan pergi terus ke Pejabat Tanah atau Pejabat Tanah Dan Galian tetapi  kali ini terdapat sedikit perbizaan.

Anda sebagai tuan tanah perlu mendapatkan penyaksian peguam pada borang Melepaskan Gadaian (Borang 16N) yang ditandatangai oleh Pegawai LPPSA    kebiasaannya anda akan dikenakan fi penyaksikan sebanyak RM 100.00 dan kemudian nya anda perlu  mematikan setem keatas borang 16N tersebut  (borang 16N kebiasaan nya  dimajukan kepada anda oleh Lembaga Pembiayaan Sektor Awam (LPPSA)  apabila anda telah menjelaskan pinjaman anda.

Setelah anda mendapat penyaksian daripada peguam dan mematikan setem RM10.00 di pejabat Lembaga Hasil anda perlu membawa dokumen tersebut ke pejabat Tanah atau Pejabat Tanah dan Galian dimana Surat Hakmilik (Geran) anda didaftarkan untuk membuat urusan Pelepasan Gadaian.

Dokumen yang berlu anda bawa ialah kepejabat Tanah atau Pejabat Tanah dan Galian ialah 

  • Borang 16N yang telah ditandatangani oleh pegawai daripada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) yang telah di buat penyaksian oleh peguam dan boirang tersebut telah dimatikan setem di Pejabat Lembaga Hasil
  • Salinan Kad Pengenalan Pemilik
  • cukai Tanah terkini yang telah dijelaskan
  • Bayaran yang secukupnya  
BAYARAN YANG AKAN DIKENAKAN OLEH PEJABAT TANAH (PERAK)
        Melepaskan Gadaian 16N     -      RM  110.00   (bagi seorang wakil yang
                                                          tandatangan dokumen)
        Borang 30A                          -      RM  200.00    (bagi seorang wakil yang
                                                           tandatangan dokumen)
                                                                                      
Bagi dua orang wakil yang menandatangai dokumen anda akan dikenakan RM50.00 bagi setiap diatas.

Buat masa ini Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan menanggung kos bagi pendaftaran untuk Pelepasan Gadaian. Anda hanya perlu mengemukan Resit Resmi Pendaftaran, Salinan Buku Akaun dengan No Akaun dan dihantar ke LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA) 

Oleh yang demikian kepada mereka yang telah mendapat borang Pelepasan Gadaian agar bertindak dengan segera.

Sekiranya anda melantik peguam untuk menguruskan urusan Pelepasan Gadaian fi peguam bukan RM100.00  yer......RM100.00 hanya untuk penyaksian sahaja......bukan urusan lain seperti pergi ke Lembaga Hasil dan urusan pendaftaran dengan pejabat tanah....




Tuesday, May 17, 2016

PINJAMAN KEDUA BAGI PINJAMAN BERSAMA

Bagi Peminjam Bersama Pasangan sekiranya anda ingin membuat pinjaman kedua anda harus mepastikan  bahawa akaun anda telah tutup. 
Istilah tutup disini bermakna bahawa anda perlu menjelaskan kesemua hutang anda dengan pasangan anda  dengan Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam.

Sekiranya hanya seorang sahaja yang telah menyelesaikan hutang manakala pasangannya masih lagi berhutang maka anda tidak dikira telah menyelesaikan pinjaman anda.  

Ini adalah kerana fail anda masih aktif dan ia tidaknya tidak tergolong dalam kes pinjaman yang telah selesai kerana fail anda masih aktif.

Oleh yang demikian dengan secara otomatik anda tidak layak untuk membuat pinjaman kedua walaupun anda telah melangsaikan hutang anda kerana  pasangan anda masih ada hutang dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan sektor Awam.

Friday, April 8, 2016

LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL APABILA HENDAK MEMBELI RUMAH

Setelah anda tahu akan kelayakan  pinjaman anda untuk membeli rumah dan anda telah berjumpa dengan rumah yang telah menepati cita rasa anda sama ada rumah   itu rumah secondhand atau rumah baru yang dijual oleh pemaju.

Walau apapun pilihan ada anda kena sentiasa berhati hati. Sebagai pengguna yang bijak anda perlu berhati. Anda kena mengenal pasti keupayaan pemaju yang membina rumah anda sekiranya rumah yang anda beli itu masih dalam proses pembinaan.

Sekiranya anda membeli rumah daripada individu yang lain, anda perlu juga berhati hati, Pastikan rumah yang hendak anda beli itu benar benar milik penjual sebelum anda membuat sebarang pembayaran kecuali untuk booking.

Sekiranya anda dikehendaki membayar sejumlah yang besar pastikan anda melantik peguam dan seeloknya biar segala pembayaran dibuat melalui peguam sebagai pemegang amanah kepada anda. Jangan sekali kali anda menyerahkan wang secara tunai kepada "penjual" tanpa ada bukti pembayaran.

Peguam yang anda lantik itu pada kebiasaannya akan menasihati anda dan menguruskan urusan jualbeli anda sehingga selesai.




Thursday, April 7, 2016

KELAYAKAN PINJAMAN DENGAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM - 2016


Apabila kita hendak berkeluarga  atau pun sudah bekeluarga  perkara yang akan memain di kepala kita ialah memiliki rumah sendiri.  Untuk memastikan kehidupan kita lebih selesa untuk keluarga kita. 

Di sini saya ingin memberi  sedikit panduan untuk memudahkan anda  bagi   memiliki rumah sendiri.  Fokus saya pada kali ini ialah pembelian rumah melalui pinjaman  Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) yang dahului dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan(BPP)

Lembaga Pembiayan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)  ini hanya menyediakan peruntukan pinjaman kepada pejawat awam sahaja. Beberapa syarat akan ditetapkan bagi anda  yang  ingin membuat pinjaman.   Pertama sekali anda mestilah tahu kelayakan pinjaman anda.  Untuk menyemak kelayakan pinjaman  dan beberapa maklumat lain anda bolehlah  melayari   laman sesawang  www.lppsa.gov.my   untuk keterangan lanjut.

Untuk memudahkan anda saya sediakan kelayakan pinjaman anda mengikut gaji Hakiki anda untuk memudahkan anda.
                                    
                                                          KELAYAKAN PINJAMAN


GAJI    HAKIKI
KELAYAKAN
1                
8,500 ke atas
600,000.00
2
6,500 ke 8,499
562,000.00
3
5,500 ke 6,499
525,000.00
4
4,500 ke 5,499
500,000.00
5
3,500 ke 4,499
475,000.00
6
3,000 ke 3,499
400,000.00
7
2,500 ke 2,999
350,000.00
8
2,000 ke 2,499
320,000.00
9
1,500 ke 1,999
260,000.00
10
1,200 ke 1,499
210,000.00
11
1,000 ke 1,199
150,000.00
12
999 dan ke bawah
120,000.00


infomasi diatas  ini diambil dari laman sesawang www.lppsa.gov.my untuk kemudahan semua 


PROSES PERMOHONAN DENGAN LEMBAGA PEMBIAYAAN SEKTOR AWAM (LPPSA)

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)  biasa dikaitkan dengan pembelian rumah, pengubahusaian rumah, pembelian tanah kosong dan ubahsuai rumah.

Apabila   bercerita tentang pembelian hartanah, satu perkara yang perlu anda tahu ialah anda sebenarnya anda bukan sekadar berurusan dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) sahaja. 

Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya kerana segala urusan tersebut dilalukan oleh peguam yang dilantik dan anda cuma tahu apabila nama anda telah didaftar sebagai pemilik harta tersebut didalam geran atau didalam Suratan Hakmilik.

Sebenarnya proses pembelian hartanah ini melibatkan beberapa agensi lain seperti   pihak bank, Jabatan Penilaian, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Pejabat Tanah. Jadi proses yang diambil adalah agak lama jadi anda perlu bersabar. Proses nya akan makan masa lebih kurang 6 ke 7 bulan lebih sehingga tempoh penyelesaian.

Ada juga beberapa kes yang tertentu tempoh penyelesaiannya adalah lebih dari itu bergantung kepada permasaalahan yang timbul semasa proses pindahmilik dijalankan.

sekali lagi kesabaran anda diperlukan.....




  

LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA)

WUJUDNYA LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA) DAN BUBARNYA BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN (BPP) 


Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awan (LPSSA) telah diwujudkan pada 1/1/2016 untuk mengambil alih tugas yang selama ini dipikul oleh agensi Kerajaan iaitu Bahagian Pinjaman Perumahan sebagai institusi yang menawarkan pinjaman kepada penjawat awam yang ingin memiliki rumah sendiri.

Ini bermakna segala  urusan pinjaman  pembiayaan perumahan  akan diurus dan ditakbirkan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)  dan tidak lagi Bahagian Pinjaman Perumahan  (BPP).
Semua permohonan pinjaman perlu dialamatkan kepada Lembaga Pembiayaan Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dan semua borang yang digunakan dahulu tidak boleh digunakan lagi dan peminjam terpaksa memuat turun borang tersebut dari laman sesawang     www.lppsa.gov.my  untuk urusan pinjaman.

Kebiasaan nya urusan untuk memuat turun borang dilakukan oleh pihak peguam yang dilantik namun sebagai seorang peminjam adalah lebih baik peminjam tahu borang yang perlu diisi supaya segala urusan boleh berjalan dengan lancar.

Memandangkan Lembaga Pembiayaan Sektor Awam (LPPSA) ini baru ditubuhkan maka masih terdapat beberapa kelewatan yang tidak dapat dielakan.   Dasar yang telah banyak berubah dan besar kemungkinan    kakitangan yang mengelolakan urusan pinjaman selama  ini adalah kakitangan yang masih baru dalam bidang ini.  Untuk maklumat anda alamat LPPSA adalah seperti berikut :LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA) NO. 9, KOMPLEKS kEMENTERIAN kEWANGAN,PERSIARAN PERDANA PRESINT 2,PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,62592 PUTRAJAYA     TEL :  03-888 1600





Total Pageviews