Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) biasa dikaitkan dengan pembelian rumah, pengubahusaian rumah, pembelian tanah kosong dan ubahsuai rumah.
Apabila bercerita tentang
pembelian hartanah, satu perkara yang
perlu anda tahu ialah anda sebenarnya anda bukan sekadar berurusan dengan Lembaga Pembiayaan
Perumahan Sektor Awam (LPPSA) sahaja.
Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya kerana segala urusan tersebut dilalukan oleh peguam yang dilantik dan anda cuma tahu apabila nama anda telah didaftar sebagai pemilik harta tersebut didalam geran atau didalam Suratan Hakmilik.
Sebenarnya proses pembelian hartanah ini melibatkan beberapa agensi lain seperti pihak bank, Jabatan Penilaian, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Pejabat Tanah. Jadi proses yang diambil adalah agak lama jadi anda perlu bersabar. Proses nya akan makan masa lebih kurang 6 ke 7 bulan lebih sehingga tempoh penyelesaian.
Ada juga beberapa kes yang tertentu tempoh penyelesaiannya adalah lebih dari itu bergantung kepada permasaalahan yang timbul semasa proses pindahmilik dijalankan.
sekali lagi kesabaran anda diperlukan.....
No comments:
Post a Comment