Bagi Peminjam Bersama Pasangan sekiranya anda ingin membuat pinjaman kedua anda harus mepastikan bahawa akaun anda telah tutup.
Istilah tutup disini bermakna bahawa anda perlu menjelaskan kesemua hutang anda dengan pasangan anda dengan Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam.
Sekiranya hanya seorang sahaja yang telah menyelesaikan hutang manakala pasangannya masih lagi berhutang maka anda tidak dikira telah menyelesaikan pinjaman anda.
Ini adalah kerana fail anda masih aktif dan ia tidaknya tidak tergolong dalam kes pinjaman yang telah selesai kerana fail anda masih aktif.
Oleh yang demikian dengan secara otomatik anda tidak layak untuk membuat pinjaman kedua walaupun anda telah melangsaikan hutang anda kerana pasangan anda masih ada hutang dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan sektor Awam.
No comments:
Post a Comment