Apabila kita hendak berkeluarga
atau pun sudah bekeluarga perkara
yang akan memain di kepala kita ialah memiliki rumah sendiri. Untuk memastikan kehidupan kita lebih selesa untuk
keluarga kita.
Di sini saya ingin
memberi sedikit panduan untuk memudahkan
anda bagi memiliki rumah sendiri. Fokus saya pada kali ini ialah pembelian
rumah melalui pinjaman Lembaga
Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) yang dahului dikenali sebagai Bahagian
Pinjaman Perumahan(BPP)
Lembaga Pembiayan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) ini hanya menyediakan peruntukan pinjaman
kepada pejawat awam sahaja. Beberapa syarat akan ditetapkan bagi anda yang
ingin membuat pinjaman. Pertama sekali anda mestilah tahu kelayakan
pinjaman anda. Untuk menyemak kelayakan
pinjaman dan beberapa maklumat lain anda
bolehlah melayari laman sesawang www.lppsa.gov.my untuk
keterangan lanjut.
Untuk memudahkan anda saya sediakan kelayakan pinjaman anda mengikut
gaji Hakiki anda untuk memudahkan anda.
GAJI HAKIKI
|
KELAYAKAN
|
|
1
|
8,500 ke atas
|
600,000.00
|
2
|
6,500 ke 8,499
|
562,000.00
|
3
|
5,500 ke 6,499
|
525,000.00
|
4
|
4,500 ke 5,499
|
500,000.00
|
5
|
3,500 ke 4,499
|
475,000.00
|
6
|
3,000 ke 3,499
|
400,000.00
|
7
|
2,500 ke 2,999
|
350,000.00
|
8
|
2,000 ke 2,499
|
320,000.00
|
9
|
1,500 ke 1,999
|
260,000.00
|
10
|
1,200 ke 1,499
|
210,000.00
|
11
|
1,000 ke 1,199
|
150,000.00
|
12
|
999 dan ke bawah
|
120,000.00
|
No comments:
Post a Comment