Setelah anda tahu akan kelayakan pinjaman anda untuk membeli rumah dan anda telah berjumpa dengan rumah yang telah menepati cita rasa anda sama ada rumah itu rumah secondhand atau rumah baru yang dijual oleh pemaju.
Walau apapun pilihan ada anda kena sentiasa berhati hati. Sebagai pengguna yang bijak anda perlu berhati. Anda kena mengenal pasti keupayaan pemaju yang membina rumah anda sekiranya rumah yang anda beli itu masih dalam proses pembinaan.
Sekiranya anda membeli rumah daripada individu yang lain, anda perlu juga berhati hati, Pastikan rumah yang hendak anda beli itu benar benar milik penjual sebelum anda membuat sebarang pembayaran kecuali untuk booking.
Sekiranya anda dikehendaki membayar sejumlah yang besar pastikan anda melantik peguam dan seeloknya biar segala pembayaran dibuat melalui peguam sebagai pemegang amanah kepada anda. Jangan sekali kali anda menyerahkan wang secara tunai kepada "penjual" tanpa ada bukti pembayaran.
Peguam yang anda lantik itu pada kebiasaannya akan menasihati anda dan menguruskan urusan jualbeli anda sehingga selesai.
No comments:
Post a Comment